Alhamdulillah... “Legend Rock Yang Beriman…” – Solat Jemaah Kumpulan XPDC Tarik Perhatian Netizen | Kumpulan rock terkenal, XPDC bukanlah satu nama asing dalam kalangan peminat muzik rock tanah air malah baru-baru ini, mereka digemparkan dengan berita penarikkan diri dari sebuah konsert Metal Legend 2 Live In JB.
Terbaru, aktiviti kumpulan penyanyi lagu Titian Perjalanan itu menjadi tular di Facebook selepas Ustaz Dr Riduan memuat naik sebuah gambar mereka sedang mengerjakan solat berjemaah di dalam studio dgn kapsyen berunsurkan nasihat kepada pengikutnya.
“Siapa pun anda, sesibuk mana pun anda…namun solat wajib diutamakan..dihentian ini…anggota XPDC menunaikan solat berjemaah. Solat ialah tiang agama, tak terjaga solat maka runtuhlah tiang agama,”tulisnya.
Posting tersebut telah mendapat perhatian ramai kerna ruangan komen tlah dibanjiri berpuluh-puluh komen yang mengatakan kumpulan tersebut perlu menjadi ikutan artis yang lain malah ada juga menggelarkan mereka adalah kumpulan rock yang beriman.
Legend Rock Yang Beriman
Harap Terus Istiqamah
Alhamdullilah….






No comments