Akaun UMNO Dibekukan, Selepas Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas SPRM

Share:

Akaun UMNO Dibekukan, Selepas Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas SPRM | Bila akaun UMNO dibeku, ramai pemimpin tertinggi jadi resah gelisah. Dan selepas lama berdiam diri, ini komen balas SPRM terhadap isu tersebut. Banyak lagi kena beku rupanya.

Beku Akaun UMNO. Selepas Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas SPRM
Beku Akaun UMNO. Selepas Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas SPRM
SPRM BEKU 900 AKAUN BANK BERKAITAN 1MDB

Akaun bank Umno adalah salah satu daripada 900 akaun bank yang dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes 1MDB.

New Straits Times memetik sumber yang dipercayai mengatakan kira-kira 900 akaun yang didakwa dikaitkan dengan 1MDB telah dibekukan.

“Mereka yang mendapati sejak beberapa hari lalu bahawa mereka tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka adalah akibat daripada beberapa individu yang penyiasat percaya telah mendapat manfaat daripada 1MDB,” katanya.


Semalam, pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa SPRM membekukan akaun bank Umno dan Umno Selangor.
Ahmad Zahid berkata Umno akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berkaitan pembekuan akaun bank berkenaan.
Dalam satu kenyataan, Zahid berkata beliau akan berusaha membuktikan bahawa wang Umno adalah sah dan tiada kaitan dengan sebarang kegiatan pengubahan wang haram. (Sumber: Malaysiakini)

No comments

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close