
Kisah Cendol Beri Inspirasi Buat Netizen
Menurut Aisyah, dia dan adik beradiknya sejak kecil lagi banyak
menghabiskan masa di gerai cendol milik keluarganya yang diusahakan
sejak lebih dari 20 tahun lamanya. Malah hasil daripada jualan cendol
itulah mereka dibesarkan dan ada ketikanya mereka turut membantu ibu dan
bapa berniaga.
Meskipun bergelar anak penjual cendol, Aisyah telah membuktikan bahawa
tiada apa yang mustahil bagi mencapai cita-citanya. Buktinya, remaja ini
berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang
didudukinya. Perkongsian kisah remaja ini benar-benar memberi inspirasi
buat netizen dan turut tular di media sosial.
Neelofa Beri Kata Semangat Buat ‘Ecah Cendol’
Kisah remaja yang tular itu bukan sahaja memberi inspirasi pada netizen, malah selebriti terkenal, Neelofa turut kagum dengan semangatnya.
Malah, pengacara MeleTOP itu turut titipkan kata-kata semangat buat
Aisyah selain mendoakan agar segala urusan dia sekeluarga dipermudahkan.
Semoga kisah ini akan turut memberi inspirasi buat anda!
Sumber: hangat

No comments